Tuesday, April 1, 2014

Workstationku

Nilah workstation aku. Comel x? Xde nak citer panjang2 sebab letih. Aku dah kene perah tenaga dan keupayaan aku. Sekarang aku umpama ultraman yang dah nak habis betri.

Wednesday, March 12, 2014

Student sekarang kuat mengeluh sampai berpeluh.


Ish lama tak update, tak banyak cerita nak dikongsi disebabkan ke"gegeh"an aku menyiapkan paper work dan juga memberi markah pada students aku. Well, budak-budak sekarang manja, bukan kata nak bagi penampar jepun mahupun "choke-slam" tapi kene cubit pun report bapak la, pastu bapak diorang report polis, pastu polis report kat reporter, reporter pulak report pasal Ultraman.

Diorang ni sekarang terlalu manja, kat mana silapnya? bukan suruh pukoi sampai bengkak, dulu aku diajar dengan cara yang tegas, Alhamdulillah hasil dari suntikan seni sampai tekehel kepala disebabkan penampak bapak aku yang sangatlah awesome tu membuatkan aku menjadi manusia, terima kasih Abah!

Students sekarang ni manje bebenor bak kate "Husin" dalam citer abang Mamat Khalid. Aha! berbalik kepada bab mengeluh, diorang ni mengeluh sebab terlampau banyak bebanan tugas, dulu aku pun ada jugak fikiran negatif ala-ala Einstien tu tapi teori aku lebih kepada nak menguji macam mana aku mampu buat pelbagai kerja dalam satu masa. Tapi deme (student) zaman Smartphone sekarang ni ingat kita (pendidik) ni saje nak dera diorang. Eh! kemon la, miker ingat awok sior sangat nak kasi tast memacam? lastly awok juge yang nak kene semak bagai.


So terpaksalah aku menyekolahkan bebudak aku yang dah habis sekolah tu balik, aku cuma cakap simple jer, " Mak Ayah awak tinggalkan satu amanah untuk awak, hukum pecah amanah tu berdosa, awak tau apa amanah yang besar sangat tu? Belajar, sebab sekarang itu saja tugas/ amanah yang perlu awak galas. Bukan untuk saya atau orang lain, tapi untuk diri sendiri. Tak rasa bersalah ke kalau telan duit Mak Ayah kasi tapi tak guna untuk belajar bersungguh-sungguh?" - teruih selop baq angg! ( tiba-tiba cakap kedah)



Thursday, February 20, 2014

Kisah apabila Kuiz,


Ahh, rupanya banyak lagi penawar stress yang indah. Beselah bagi aku sume bende dan pengalaman itu adalah baru. Nak cerita kat korang ler ni, minggu ni aku baru start quiz untuk chapter 1 sampai ler 3. Sebagai pensyarah yang berdedikasi ( berdedikasi ke noqqq??) aku prepare diorang minggu lepas, aku suruh baca part-part yang masuk.

Tuesday, February 18, 2014

Gosip-Gosip Staf.


Besok ade audit 5s ala untuk jaga environment kolej ler untuk dapat persijilan 5s, habis tadi semua kena masuk meeting room. Kecoh aku tengok lecturer ade yang jadi hang kebun

Monday, February 17, 2014

Ibarat Main Layang-Layang.


Bukan senang wei nak mengajar orang yang dah ber"otak" ni. Bukan senang nak jadi cikgu, sape kate senang meh aku tumbuk laju2. Biasalah susah nak control, nak jaga emosi lagi, nak jaga student lagi, kalo tak pandai "take control" habis la ko, budak-budak pulak take control lecturer. Nak garang sangat tak boleh, nak lembut sangat tak boleh, yerla rata-rata yang aku ajar semuanya remaja, time ni la diorang nak up, darah tengah panas dan time ni masing-masing nak "show off" la baqq hang.